Sekapur SirehAssalammualaikum dan salam sejahtera. Dengan rendah diri , saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya melakukan kata-kata pembuka bicara di dalam kerja berfortfolio ini bagi subjek Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran semester empat.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan blog ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan pismp 4.01 dan khasnya kepada Pn. Rosnah yang paling banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada saya untuk membuat satu homepage.Pada peringkat awal kerja ini diberi saya beranggapan bahawa, saya tidak mampu untuk melakukan kerja berfortfolio dan homepage ini. Namun setelah meneliti, bertanya dan menyelidik tentang kaedah perlaksanaannya, maka akhirnya saya berjaya melaksanakannya. Segala rintangan dan dugaan yang saya lalui semasa membuat projek ini, saya menjadikan ia sebagai satu dorongan untuk berjaya.Akhir bicara, semoga blog ini akan menjadi dorongan kepada saya iaitu sebagai guru pelatih untuk mencari pengalaman dan seterusnya pengalaman itu akan saya serapkan pada murid-murid saya nanti. Sekian , terima kasih. |
BiodataNama diberi oleh kedua ibu bapa ialah Mohd Fauzi B. Masbor. Saya dilahirkan di Klang, Selangor. Saya mendapat pendidikan awal di SK Telok Menegon dan menyambung di peringkat menengah di SAMT Sultan Hisamuddin. Selepas itu, saya cuba mengisi borang untuk memasuki alam pendidikan.
Alhamdulillah, saya berjaya dan ditawarkan masuk ke Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam. Saya dilahirkan pada 28 Ogos 1990. Saya bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang usahawan. Namun, saya percaya dengan rezeki Allah bahawa "jika kita berusaha, Insya Allah pekerjaan menanti kita". Setiap manusia dilahirkan berbeza-beza dari segi tahap pemikiran, pandangan, mahupun intelek. Makanan kegemaran saya ialah sate ayam. Minuman kegemaran ialah jus tembikai. |