Refleksi tajuk 3 (Media pengajaran)
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wata’ala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya dan rakan seperjuangan saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana. |
Menyentuh topik 3 iaitu media pengajaran, kita sering kali mendengar perkataan-perkataan ini di dada akhbar, majalah, televisyen atau sebagainya tidak kiralah samaada akhbar Berita Harian atau Utusan Malaysia. Maka, tidak hairanlah fungsi media ini amat penting untuk keberkesanan penyampaian maklumat yang mudah. Topik 3 ini lebih menyentuh definisi, fungsi, pengkelasan, faktor-faktor dan langkah-langkah dalam media pengajaran. Saya ingin memetik definisi yang diungkapkan oleh Percival dan Elington (1984). Menurut tokoh-tokoh ini, media merupakan pelbagai alatan fizikal dalam teknologi pendidikan. Sebagai contohnya, perkataan bercetak, filem, pita, pita piring dan sebagainya. Saya berpendapat fungsi media yang dicipta dan dijual dipasaran membantu guru-guru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk pengajaran bersama pengajar, pengajaran tematik, malah ia juga boleh digunakan untuk pelajar istimewa. Terdapat jenis-jenis media dalam media pengajaran seperti media tayang kaku. Media tayang bergerak, media audio, media cetak dan sebagainya. Semua ini berfungsi menyampaikan maklumat kepada pendengarnya. |