EDU 3105 (Teknologi dalam P&P)
EDU 3105 ( TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN)
  • Biodata
  • Interaksi
    • Tajuk 1
    • Tajuk 2
    • Tajuk 3
    • Tajuk 4
    • Tajuk 5
    • Tajuk 6
    • Tajuk 7
    • Tajuk 8
    • Tajuk 9
    • Tajuk 10
    • Tajuk 11
    • Tajuk 12
  • Refleksi
    • Tajuk 1
    • Tajuk 2
    • Tajuk 3
    • Tajuk 4
    • Tajuk 5
    • Tajuk 6
    • Tajuk 7
    • Tajuk 8
    • Tajuk 9
    • Tajuk 10
    • Tajuk 11
    • Tajuk 12
  • ISL
    • Soalan ISL
    • Tajuk 1
    • Tajuk 2
    • Tajuk 3
    • Tajuk 4
    • Tajuk 5
  • Kerja Kursus
    • Soalan
    • Projek

 
Refleksi  tajuk 4 (Perancangan, pemilihan, penghasilan dan penilaian media pengajaran model ASSURE)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wata’ala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya dan rakan seperjuangan saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan terlaksana.

Picture

Mengenai tajuk 4 ini, tajuk ini lebih menerangkan perancangan, pemilihan, penyediaan dan pengendalian pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia sesuai digunakan sebagai panduan merancang pengajaran dalam situasi bilik darjah (model berorentasikan bilik darjah). Model ASSURE meruapakan satu model yang digunakan dalam pengajaran. Di dalam model ini terdapat 6 langkah yang perlu diketahui oleh seorang guru. Antaranya, langkah 1 (menganalisis pelajar). Penganalisis ini penting dari segi ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred, tahap atau jantina), kompetensi khusus peringkat masuk (contohnya sikap dan kemahiran) , dan stail pembelajaran (contohnya suka bergantung dan tidak bergantung). Langkah 2 pula, nyatakan objektif merupakan langkah yang perlu dilakukan. Dalam langkah ini, kita perlu memfokuskan hasil pembelajaran, pencapaian pengetahuan dan sikap. Langkah 3 (memilih kaedah , media dan bahan) yang merupakan langkah yang digunakan. Dalam langkah ini, kita perlu mengetahui kaedah, media dan bahan dan sebagainya yang sesuai. Langkah 4 ialah gunakan media. Langkah ini lebih berorentasikan cara penggunaannya dan pribeu bahan. Langkah 5 ialah menggalakkan penglibatan pelajar. Langkah ini lebih menekankan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran seperti kuiz. Langkah terakhir sekali ialah melakukan penilaian dan pengubahsuaian. Langkah ini lebih menekankan penilaian bahan itu sendiri dari segi kandungan , kaedah, media dan bahan yang telah digunakan. 6 langkah ini menjadi wadah kejayaan guru itu dalam menggunakan bahan tersebut mengikut model ASSURE.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.